Assalammualaikum and hello kite berjumpa lagi. Sebenarnya dah tak tahu nak post mana 1 post untuk kali ni. Sebab tengok post-post sebelum ni all about food. Sorry sebab saya bukan saja kaki jalan tapi saya jugak kaki suka makan cari tempat port yang best untuk hangout. So kali ini saya tunjuk lagi 1 tempat port yang sangat best untuk makan-makan. And normally tempat yang saya pergi selalunye korean food because I am korean food lover. Tapi tahukah anda bahawa Korean Food is one of the healthiest food in the world. Tak tahula betul ke tak tapi dari sumber-sumber internet saya baca but kadang-kadang internet tak selalunye betul kan. So jangan percaya sangat. Tapi bila dipikirkan macam ada betulnya jugak sebab kalau kite pernah makan korean food, noticed tak ade bijan dalam makanan mereka. Bijian hitam atau bijan itu sebenarnya bole menguruskan badan kite, sebab pernah tengok tv mereka cakap kalau kite masak guna minyak masak bijan sebenarnya boleh menolong kurang kan berat badan kite. Tengokla orang korea, even makan banyak mana and portion makanan mereka banyak tapi mereka tak gemuk sebab mereka masak guna bijan. Ha baru tahu tips kenapa mereka punya badan tak naik.
So far, dah banyak restoran korean food saya pergi boleh katakan banyak di KL. Kalau kat Johor tak banyak korean food yang halal. Nampak banyak restoran korea area johor ni tapi takda tanda halal pun. Jadi kali ini kami, fizan and me, pergi melawat makan di satu rumah teres 2 tingkat kat area johor bahru yang di buat Korea House. Today our posts about South Gate Restaurant yang terletak di Jalan Nova di tengah-tengah bandar johor bahru. Actually terjumpa pasal restoran ni didalam blog yang paling saya suke, akuyangsengal.blogspot.com. Blog Cik Sengal sgt berguna untuk kami and saya selalu baca blog tu sebelum pergi korea. So since restoran ni halal and tidak mengenakan makanan pork but the things they do sell soju. So macam a bit tak elok untuk masyarakat johor. Tapi minuman soju and sewaktu dengannya restoran ni letak dalam 1 peti khas untuk mereka saja tak campur dengan mana-mana minuman lain which means bagus la macam tu.
So, mari kite lihat makanan-makanan and decoration restoran ni. Kat johor kalau anda semua belum tahu johor suka buat rumah di jadikan restoran and restoran yang kami pergi ni salah satu antaranya. Berdasarkan blog yang saya pernah baca, ade antara mereka call restoran ni bertanyakan halal atau tak and pekerja restoran cakap halal and bila datang tengok menu memang mereka tak serve pork but just ade soju. As you know korean culture soju is a must.
Welcome to Korea House. Based on some blogs I read, the owner is ahjumma (auntie) who stayed here for a long time with her husband but her husband passed away already. While her childs in korea. So tinggal la ahjumma sorang and with one of her maid.
Masa kami datang tu cuma sorang je staff and maybe maid. And masa kami datang tak ada orang langsung. Memang kami buat macam rumah sendiri la. Duduk bersimpul atas lantai duduk makan macam meja style korean. Ni baru best makan memang macam suasana rumah korea. Restoran ni ade dua tingkat tapi tingkat atas tak tahu bole naik ke tak. And ada satu bilik kalau nak privacy boleh makan dalam tu. Tapi kami pilih duduk bersila atas lantai sebab nak merasa makan kat atas meja macam rumah korea sebab kat malaysia tak ada meja panjang macam tu.
Suasana dalam rumah korea ni. Kemas and sangat simple je decoration ni. And muzik yang mereka pasang sayup sayup je dengar macam ala-ala jazz. Tapi memang rasa macam makan kat rumah la dengan suasana tenang macam ni.
Nampak fizan duduk bersila. Itula tempat duduk kami. Yang warna merah biru tu cushion bole duduk alas. Cantik kan decoration rumah korea.
That ahjumma. Masa kami datang kami bernasib baik sebab ahjumma tu datang jumpa kami. Dia greet kami in perfect english. Terkelu lidah kau dia cakap perfect english, terus lupa korean yang kami belajar.
Tak paham. Saya masih lagi tak boleh baca hangul. Sedih betul penat belajar still tak masuk-masuk otak.
Hehe. Pemain bola sepak korea yang terkenal tapi sayang sorang pun saya tak kenal.
Ok dah tengok decoration Korea House, jom kite tengok makanan pulak. Ok secara jujur la, ingin mengatakan harga makanan di sini memang mahal. So far antara paling mahal pernah saya pergi lagi mahal dari sweetree rasanya. Tapi secara jujur jika anda pergi korea 1 mangkuk makan tu berharga 7000 won kalau di convert ke RM memang harga sama macam dalam menu restorant ni. So fair la kan. Even though mahal, tapi bole puji makanan die sedap and sama rasa macam seolah-olah makan di korea betul. Jadi memang sangat berbaloi makan di sini and service tak lambat mana pun.
Bak kata Fizan, mesti ada maknanya kenapa di namakan South Gate Restaurant.
South Gate Restaurant : Special korean food
The menu. Tengokla harga dia. Tapi saya suggest kan if nak order, 1 menu boleh makan 2 org. Janganla membazir order banyak. And restorant ni ada sediakn side dishes. Kalau nak tahu memang style korean food suka bagi side dishes sampai 5-8 jenis.
Ada macam-macam jenis makanan. Semua nampak mengiurkan.
King Crab!!!! Tahan nafsu nak makan crab tu sebab nak makan yang ori punya nanti. InsyaAllah.
Ikan bakar tu pun tahan nafsu nak order. Sabar nadiah sabar.
So, kami order bibimbap, dukbugi, and ramyeon. And air free. Air herba, campuran barli + lemon. Tak sedap minum air tu mula-mula tapi bila dah makan then minum air tu sedap pulak. Kami tak tahu apa nama air itu tapi owner cakap "good for health". Yang penting air tu kami boleh minum, jangan risau , ianya Halal.
Yang air dalam tupperware tu la kami minum. Ini sebahagian dari side dishes. Ada kimchi, seaweed, kangkung, and timun tu tak sure apa nama tapi kami tak makan.
Banyak kan portion makanan dia. Dukbugi memang sangat sedap. Di syorkan order. So recommended!.
Dukbugi. Dalam ada dukbugi, telur and fish cake. Sedap sangat. Macam makan dukbugi yang tepi jalan kami makan masa kat seoul. Plus tak pedas pun.
Ini bibimbap. Dalam ada nasi + telur + sayur (carrots, taugeh, cendawan). Sedap nasi ni. And taugeh pun sedap.
Ok. My fav. Ramyeon. Sedap sangat korean ramyeon lain dari yang lain. Suka order ramyeon.
So, total kami berdua makan dalam rm75. Okla kan. Standard la korean food harga macam tu. Even pergi Seoul Garden pun harga lebih kurang macam ni gak. Ni sebab air free so jimat duit kami. Kami duduk sana makan hampir 1 jam setengah. Masa kami nak balik ada 1 group chinese peoples macam nak buat photo shoot makanan sana banyak gambr makanan diorg amik.
Lambang merah biru adalah lambang rasmi korea.
Keadaan South Gate Restaurant.
Muka happy fizan dapat makan dukbugi. Mengidam katanya.
Kami tiru gaya leedonghae peace sign.
Senang je cari restaurant ni. Masuk simpang Singgah Selalu then simpang pertama sebelah kanan tu masuk then ikut aje peta yang di tunjuk ni.
Semoga anda cuba datang rumah korea ini. Direcommend datang and makanan yang di sajikan sangat sedap and berbaloi. So, kita jumpa lagi di entry akan datang.
Anyeong~~~.